>

PLEASE CLICK FOR ME!!!

You Are Only One

Lovely Together

Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

Click For Me KELAB JUTAWAN

Followers

I Really Want It!

Kerja
Saga FLX
Bertunang
Berkahwin
Jam Casio Sheen
Kamera Nikon D7000
Samsung Galaxy S Plus
Samsung Galaxy Tab 7.7

MuZik


Friday, October 22, 2010

Tanda Lelaki Sayang...



Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini,tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabok cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kita kaum wanita janganlah mengambil kesempatan diatas pengorbanan yang dilakukan oleh lelaki....

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati,nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terus-terang sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu....

Selain itu jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur,itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap,kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya,sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur....

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat.Ingat,nasihat bermaksud mengingati. Dia akan mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi,terbukalah mendengar nasihatnya....

Jika sudah sayang,macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilangannya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin,baru berbaloi!

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati,sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja....

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja aalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!

Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya....

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, "you masih sayang i?",jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah,kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya....

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hnya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu....

Manusia tidak ada yang sempurna,samalah juga teman lelaki kamu,tak lari dari buat silap dan kadang-kadang buat kamu kecik hati. Tapi kalau dia nak berubah dalah satu perkara yang baik dan kamu perlu sokong dia. Berilah dia masa untuk berubah. Nak berubah ni bukan senang tapi kalau dia berubah demi untuk membahagiakan kamu,itu satu perkara yang baik. Janganlah kamu cari pengganti dia semata-mata kamu kecik hati dengan kesalahan dia. Dan kamu pasti ke pengganti kamu tu dapat bahagiakan kamu....

Dan pengorbanan paling besar sekali gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya....

Jadi,HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya.... Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar lelaki....

Setiap pasangan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kalau kamu rasa pasangan kamu banyak kekurangan dan selalu sakitkan hati kamu lalu kamu cari pengganti,alasan kamu dah tak ada hati dan tak serasi,kamu pulak macam mana?adakah kamu itu tak pernah buat silap?kamu tak pernah sakitkan hati pasangan kamu?

Janagn biarkan ego menguasai perasaan kalau tidak kamu pasti akan menyesal satu hari nanti. Mungkin pasangan kamu tidak sempurna,tapi kalau kamu dapat rasa keikhlasan hati dia,itu lebih baik..dan...ikhlas itu tak boleh dilihat,tapi boleh dirasa dengan hati....

Sincere by :
asmindar


Terima Kasih Sudi Membaca..Suka?Like..Tak Suka?Tak Kesah =)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Followerku yg setia!!!